- Insight
Resources
IBPO & Credit Bureau Malaysia Bekerjasama Revolusikan Kewangan “Fusion” | Berita Harian
The article below is extracted from the original publication published on Berita Harian: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/01/1202270/ibpo-group-berhad-credit-bureau-malaysia-bekerjasama-revolusikan
Berita Harian | 19 January 2024
KUALA LUMPUR: Syarikat kewangan ‘fusion’ yang menyediakan penyelesaian kewangan holistik, IBPO Group Berhad (IBPO) dan agensi pelaporan kredit, Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), baru-baru ini.
MoU itu bertujuan untuk meningkatkan inovasi dalam bidang perkhidmatan kewangan serta membentuk ekosistem kewangan bersepadu, sekali gus menandakan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat di bawah tema, ‘Merevolusikan Kewangan Fusion dan Meningkatkan Pelaporan Kredit’.
Kerjasama ini melambangkan komitmen kedua-dua pihak dalam bidang kemajuan dan inovasi teknologi dengan tujuan untuk memberikan faedah kepada pengguna dan perniagaan.
Inisiatif ini akan menggabungkan alatan teknologi maju pinjaman IBPO dengan keupayaan cekap CBM dalam perkhidmatan pemprofilan pelanggan dan pelaporan kredit, justeru membentuk satu platform yang padu untuk tujuan analisis kewangan.
IBPO dan CBM juga akan bekerjasama untuk terus melaksanakan komitment mereka untuk memastikan keselamatan data kewangan, pembekalan laporan data yang komprehensif dan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.
Pengarah Urusan Kumpulan IBPO, Andy Lim, berkata bagi IBPO, ‘Merevolusikan Kewangan ‘Fusion’ dan Meningkatkan Pelaporan Kredit’ bukan sekadar tema tetapi visi bersama dan komitmen membentuk ekosistem kewangan bersepadu yang mantap dan akan mengubah masa depan industri kami.
“Di Kumpulan IBPO, kami sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan dan program kami. Itulah sebabnya inovasi Kewangan ‘Fusion’ dilakukan dengan memanfaatkan teknologi kewangan kecerdasan buatan (AI) dengan program kewangan konvensional,” katanya ketika berucap di majlis tandatangan MoU itu.
Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi CBM, Azman Md Isa.
Andy berkata, dengan penyepaduan CBM, ini akan memberikan faedah dan kecekapan tiada tandingan kepada pengguna serta perniagaan.
Andy berkata, pihaknya membayangkan masa depan di mana perkhidmatan kewangan terjalin lancar, menawarkan penyelesaian diperibadikan, disesuaikan dengan setiap keperluan yang akan memperkasakan pengguna untuk mengemudi kewangan mereka dengan yakin.
“Kami menjadi alat strategik untuk individu dan perniagaan untuk membuat keputusan kewangan,” katanya.
Katanya, menerusi usaha bersama ini, pihaknya komited untuk mengukuhkan lagi operasi kewangan yang dipercayai terjamin.
“Keselamatan data adalah penting untuk melindungi maklumat peribadi. Ia adalah janji kami kepada pelanggan kami dan pihak berkepentingan bahawa kepercayaan mereka adalah dihargai dan dilindungi oleh pihak kami.
“Kami menjamin bahawa inisiatif ini adalah penting dalam meningkatkan celik kewangan, yang berperanan penting untuk membentuk landskap ekonomi.
“Usaha ini adalah komitmen kami untuk merevolusikan cara kami melihat dan terbabit dalam sektor kewangan, dengan objektif untuk pergerakan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah.
“Bersama-sama dengan CBM, kami akan mentakrifkan semula landskap kewangan dan inovasi dan membina masa depan lebih baik, ini bukan sekadar matlamat tetapi realiti bersama,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya teruja untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama IBPO.
Katanya, sejajar dengan revolusi Kewangan ‘Fusion’, kami juga berkomited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik menerusi sumber produk lain yang boleh memberikan manfaat kepada pelanggan IBPO.
“Kami juga berharap supaya terdapat banyak lagi kerjasama strategik pada masa hadapan untuk memantapkan sektor industri ini,” katanya.
INFO:
Mengenai IBPO Group Berhad (No. Pendaftaran Syarikat: 201701009757) (1223922-D))
- Syarikat Kewangan ‘Fusion’ yang menyediakan penyelesaian kewangan holistik untuk membantu pelanggan mencapai aspirasi kewangan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
- Ditubuhkan pada 2012 dan pada 2020, IBPO Group Berhad menjadi syarikat awam berhad.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan dengan penggunaan teknologi kewangan AI, telemarketing dan khidmat luar proses perniagaan.
- Program kewangan IBPO Group Berhad termasuk i-Refinancing, i-Console Plus, i-Exclusive dan Housing Value Investment.
- Membantu penyelesaian peribadi yang disesuaikan dengan keperluan individu dengan pembiayaan semula gadai janji, pinjaman dan pembiayaan peribadi, pengurusan hartanah dan banyak lagi.
Alamat: Aras 8, Mercu 3, Jalan Bangsar, KL Eco City 56000, KL.
E-mel: [email protected]
Khidmat pelanggan: 03 48138888/11111
Laman web: www.ibpo.com.my
Media sosial: IBPO Group Berhad
Mengenai Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat: 200801018741 (820050-T))
- Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM) adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
- Ditubuhkan pada tahun 2008, CBM dimiliki Sunway Holdings Sdn. Bhd. dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
- Sebagai sebuah Agensi Pelaporan Kredit, CBM menyediakan maklumat dan data kredit menyeluruh kepada individu, entiti korporat, syarikat berkaitan kerajaan, institusi kewangan dan pelanggan lain.
- Dengan menggalakkan keterangkuman kewangan dan amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab, CBM menggalakkan pengguna dan perniagaan untuk membuat keputusan kredit yang lebih bijak.
Alamat: Menara Sunway, Tingkat 10, Jalan Lagoon Timur (9/1), Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
E-mel: [email protected]
Khidmat Pelanggan: 03 56398586
Laman web: https://creditbureau.com