IBPO Umum Kerjasama Strategik bersama FWD Insurance untuk Menyediakan Perlindungan Hayat bagi Perkhidmatan Pembiayaan Pinjaman

Media

Contact us

IBPO Umum Kerjasama Strategik bersama FWD Insurance untuk Menyediakan Perlindungan Hayat bagi Perkhidmatan Pembiayaan Pinjaman

UNTUK SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025 – IBPO Group Berhad (“IBPO”), sebuah syarikat fintech terkemuka, telah mengumumkan kerjasama strategik dengan FWD Insurance Berhad (“FWD Insurance”), sebuah syarikat insurans hayat Pan-Asia yang terkenal, untuk menawarkan perlindungan hayat kepada pelanggan pembiayaan pinjamannya melalui Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik yang bersejarah yang berlangsung hari ini. 

Dirasmikan oleh Andy Lim, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan IBPO dan Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance, majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan oleh Samuel Quek, Ketua Pegawai Teknologi IBPO dan Ann Lim, Ketua Digital, Jualan Langsung & Telepemasaran FWD Insurance.   

Melalui kerjasama bersepadu ini, kemudahan pembiayaan pinjaman terpilih IBPO akan dilengkapi dengan perlindungan hayat secara automatik, tanpa sebarang soalan pengunderaitan. Perlindungan ini akan digunakan untuk program Payday Financing dan i-Bridge Financing oleh IBPO, yang akan dilancarkan bulan ini.   

Keunikan program ini adalah pelanggan kini boleh memohon dengan tenang kerana perlindungan insurans percuma ini memastikan orang tersayang mereka dilindungi daripada beban obligasi pinjaman tertunggak sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. 

Pelanggan boleh memohon Payday Financing dan i-Bridge Financing dengan mudah melalui portal kewangan pelanggan atas talian IBPO, myIBPO+, atau melalui aplikasi kewangan serba lengkap yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kedua-dua platform ini tersedia 24/7 untuk membantu pengguna mengurus dan meningkatkan kewangan mereka.   

Payday Financing manawarkan pendahuluan tunai tanpa faedah untuk membantu pelanggan menampung perbelanjaan mendesak sebelum hari gaji bulanan mereka. Ia pantas, selamat dan 100% patuh Syariah.   

Sementara itu, i-Bridge Financing menyediakan pembiayaan jangka pendek segera untuk pemilik rumah, penjual hartanah dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mangatasi jurang aliran tunai kritikal sementara menunggu pengeluaran pembiayaan bank jangka panjang, yang biasanya mengambil masa sehingga 4 bulan. Ia juga adalah patuh Syariah sepenuhnya, selaras dengan prinsip pembiayaan Islam. 

Inisiatif ini menyokong Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022–2026, yang bertujuan untuk memajukan pendigitalan yang lebih meluas, akses kewangan yang inklusif dan perlindungan yang dipertingkatkan untuk isi rumah. Dengan menggabungkan fintech dan insurans, IBPO dan FWD Insurance secara kolektif menyokong matlamat negara untuk mengukuhkan daya tahan kewangan, meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia, dan mempercepatkan penggunaan penyelesaian kewangan yang selamat dan dipacu teknologi. 

Melalui kerjasama ini, sebanyak RM100 juta dana pembiayaan telah diperuntukkan secara eksklusif untuk pelanggan IBPO, menawarkan bantuan kewangan segera bagi keperluan kecemasan, perniagaan, pembelian hartanah dan lain-lain. Setiap pembiayaan turut disertakan dengan perlindungan insurans hayat bagi memberikan keselamatan tambahan.  

Untuk kemudahan yang lebih besar, pelanggan boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelan insurans individu dengan premium serendah RM8.10 sebulan, yang akan tersedia di laman web IBPO mulai September 2025. Pelan ini direka bentuk agar lebih mudah diakses dan disesuaikan mengikut pelbagai gaya hidup.  

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan FWD Insurance, sebuah jenama yang mengutamakan pelanggan dan berkongsi misi kami dalam meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa individu untuk membuat keputusan kewangan yang bijak dan selamat, demi memenuhi keperluan jangka pendek serta menjamin kestabilan kewangan jangka panjang mereka,” kata Andy Lim, Pengasas & Pengarah Urusan Kumpulan IBPO. 

Beliau menambah, “Inisiatif kami bersama FWD Insurance membolehkan pelanggan mengambil pembiayaan dengan keyakinan dan perlindungan menyeluruh sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka. Ia menyediakan perlindungan hayat kepada pelanggan, sekali gus meringankan beban kewangan tidak dijangka kepada orang tersayang sekiranya berlaku kehilangan upaya atau kematian sepanjang tempoh pembiayaan — kerana pinjaman mereka dilindungi.” 

FWD Insurance komited untuk mengubah tanggapan masyarakat terhadap insurans dengan menjadikannya lebih ringkas, mudah diakses dan benar-benar bermakna. Kerjasama strategik dengan IBPO ini merupakan satu langkah signifikan ke arah merealisasikan visi tersebut. Dengan mengintegrasikan perlindungan secara lancar ke dalam penyelesaian kewangan harian, kami bukan sahaja menawarkan kemudahan, kami juga memberikan ketenangan fikiran. Melalui inovasi dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan, kami membantu rakyat Malaysia menikmati hidup dengan lebih tenang, dengan keyakinan bahawa insan tersayang sentiasa dilindungi,” kata Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance. 

*Tawaran pelan individu merangkumi perlindungan untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), kematian akibat kemalangan, faedah kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, dan manfaat kad perubatan, dengan perlindungan sehingga RM500,000.   

 

Inisiatif ini memperkukuh model Fusion Finance IBPO, pendekatan bersepadu inovatif 360° yang diperibadikan dengan teknologi berkuasa AI dan penyelesaian kewangan tradisional.   

Untuk maklumat lanjut, layari www.ibpo.com.my 

*Tertakluk kepada terma dan butiran premium setiap polisi individu. 

 

Tentang IBPO Group Berhad

IBPO Group Berhad ialah syarikat kewangan ‘fusion’ yang menyediakan penyelesaian kewangan  holistik untuk membantu pelanggan mencapai aspirasi kewangan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Ditubuhkan pada tahun 2012, IBPO Group Berhad menjadi syarikat awam berhad pada tahun 2020.  

 Kami menyediakan perkhidmatan perundingan kewangan yang diperibadikan melalui Sistem Kewangan Fusion kami yang canggih, sebuah sistem teknologi kewangan (“fintech”) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (“AI”), serta diinovasikan melalui penyelidikan dan pembangunan IT dan ANIKA, chatbot perunding kewangan maya berkuasa AI yang pertama di Malaysia.  

Program kewangan kami termasuk; i-Refinancing, i-Connect, i-Console Plus, Payday Financing, i-Bridge Financing dan Pelaburan Nilai Perumahan (“Housing Value Investment”). Dapatkan penyelesaian yang diperibadikan dan disesuaikan dengan keperluan anda melalui pembiayaan semula rumah, pinjaman dan pembiayaan peribadi, pengurusan hartanah dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.ibpo.com.my.  

Ikuti kami di media sosial: Facebook | Instagram | LinkedIn | YouTube | TikTok | XiaoHongShu @IBPO Group Berhad   

Alamat: Level 28, Mercu Aspire, No. 3 Jalan Bangsar, KL Eco City 59200 Kuala Lumpur. 

E-mel: [email protected]  

No. Panggilan Ibu Pejabat: +603 2201 2828 

 

Tentang FWD Insurance Berhad 

FWD Insurance Berhad ialah sebahagian daripada FWD Group, sebuah perniagaan insurans hayat dan kesihatan serantau di Asia yang beroperasi di 10 pasaran dan melayani kira-kira 30 juta* pelanggan. Pendekatan FWD yang berteraskan pelanggan dan diperkasa teknologi bertujuan untuk menawarkan cadangan inovatif, produk yang mudah difahami serta pengalaman insurans yang lebih ringkas. Ditubuhkan pada tahun 2013, syarikat ini beroperasi di beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia, dengan visi untuk mengubah cara masyarakat melihat insurans dan takaful. FWD Group disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong dengan kod saham 1828. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fwd.com. 

 FWD Insurance Berhad menawarkan pelbagai produk insurans keluarga dan hayat seperti pelan perubatan, penyakit kritikal, simpanan dan pelan berkaitan pelaburan. Syarikat ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. 

 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fwd.com.my. 

*termasuk BRI Life di Indonesia 

  

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Calvin Pang,  

Ketua Pemasaran, Penjenamaan & Komunikasi   

IBPO Group Berhad  

E-mel: [email protected]  

No.Panggilan: +60 14-327 7499  

Deborah Lim, 

Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat  

FWD Insurance Berhad 

E-mel: [email protected] 

No.Panggilan: +60 19-355 5686